Navigation

Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.

Somebody That I Used To Know
 
ilmu.pengakap.org
 

Kerana tidak ingin ini terjadi...

  New York Post
 Gunung Liang
 

Kisah...

  1. Thomas Plamberger, 36 meninggalkan kekasihnya Kerstin Gurtner, 33, sehingga mati kesejukkan di Gunung Grossglockner, Austria.
  2. Mustaqeem Mansor, 34 ditinggalkan sehingga mati kesejukan oleh rakan-rakan sependakiannya di Gunung Liang Barat, Tanjung Malim.

Maka, ikhtiar pencegahan awal, satu Lencana Backpacker pernah diusulkan kepada Jawatankuasa Program Negara.

  Lencana Backpacker 
  Lencana Backpacker

Tujuannya, tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menanam bibit-bibit dan membenamkan perwatakan kebertanggungjawaban dalam giat ikhtiar kegiatan kepengakapan Persekutuan Pengakap Malaysia.

Terkandung, antara lainnya dalam giat usaha tersebut:

  1. Kepimpinan
  2. Pengurusan Risiko; dan
  3. Pertolongan Cemas

Itu, sewindu yang lalu... sedasawarsa yang lampau...

Tapi, tidak tertunai... kerana sindrom, tidak tercapai dek akalmu, rasanya... 

Cadangan yang diutarakan, bukan kerana apa... tidak lain tidak bukan kerana merasakan kejanggalan terhadap sikap perwatakan orang-orang yang berkecimpung dalam kegiatan hiking and backpackind; dan pendakian yang semakin mementingkan diri sendiri, seolah-olah menunjuk-nunjuk kebodohan kepada perkara yang tidak perlu.

Perwatakan!

Itu yang cuba untuk diterap benamkan melalui cadangan Lencana Backpacker dalam giat ikhtiar kegiatan Kepengakapan.

Gagal... cadangan yang dipandang, sepi!; tak "cukup" Safe From Harm, kot...

Tatkala, rakan dambaan berubah wajah dan perwatakan Somebody That I Used To Know terjelma... dan malangnya kesedaran itu terlewat... apa lagi yang boleh kita harapkan...

Berdoalah...

Agar rakan kegiatan Kepengakapan kita... bukan setakat terampil, malah berperwatakan baik... tiada yang yang tidak baik, melainkan yang baik-baik belaka...

Amin

Terima kasih.

portal : mohor.png

Faizal bin Abd Rahim.
Jumaat, 19 hb. Disember 2025, 20:00, Kuala Lumpur: Cheras; Taman Desa Cheras.

     
   
  
Lagu Somebody That I Used To Know
Artist Wally De Backer (Gotye) and Kimbra
Muzik Wally De Backer (Gotye)
Lirik : Wally De Backer (Gotye)

 

P/S : Seperti kelazimannya...

Hujung-hujung tahun masihi, ni... hujan.

Dan, saya...

Menjadi amalannya... Perkhemahan.

Seandainya, anda... terserempak dengan, orang yang kelihatan seperti, saya... (seperti pernah ku lihat, tetapi di mana ya?), maka, abaikan sahaja ler... Ianya, berkemungkinan, bukan saya!.

Tetapi...

Jika, anda tegur juga... jangan marah, kalau saya ajak minum Kopi Pekat O, bersama!.

     


Pautan Sesawang