|
Kerana tidak ingin ini terjadi...
| |

|
 |
| |
Kisah...
- Thomas Plamberger, 36 meninggalkan kekasihnya Kerstin Gurtner, 33, sehingga mati kesejukkan di Gunung Grossglockner, Austria.
- Mustaqeem Mansor, 34 ditinggalkan sehingga mati kesejukan oleh rakan-rakan sependakiannya di Gunung Liang Barat, Tanjung Malim.
|
Maka, ikhtiar pencegahan awal, satu Lencana Backpacker pernah diusulkan kepada Jawatankuasa Program Negara.
Tujuannya, tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menanam bibit-bibit dan membenamkan perwatakan kebertanggungjawaban dalam giat ikhtiar kegiatan kepengakapan Persekutuan Pengakap Malaysia.
Terkandung, antara lainnya dalam giat usaha tersebut:
- Kepimpinan
- Pengurusan Risiko; dan
- Pertolongan Cemas
Itu, sewindu yang lalu... sedasawarsa yang lampau...
Tapi, tidak tertunai... kerana sindrom, tidak tercapai dek akalmu, rasanya...
Cadangan yang diutarakan, bukan kerana apa... tidak lain tidak bukan kerana merasakan kejanggalan terhadap sikap perwatakan orang-orang yang berkecimpung dalam kegiatan hiking and backpackind; dan pendakian yang semakin mementingkan diri sendiri, seolah-olah menunjuk-nunjuk kebodohan kepada perkara yang tidak perlu.
Perwatakan!
Itu yang cuba untuk diterap benamkan melalui cadangan Lencana Backpacker dalam giat ikhtiar kegiatan Kepengakapan.
Gagal... cadangan yang dipandang, sepi!; tak "cukup" Safe From Harm, kot...
Tatkala, rakan dambaan berubah wajah dan perwatakan Somebody That I Used To Know terjelma... dan malangnya kesedaran itu terlewat... apa lagi yang boleh kita harapkan...
Berdoalah...
Agar rakan kegiatan Kepengakapan kita... bukan setakat terampil, malah berperwatakan baik... tiada yang yang tidak baik, melainkan yang baik-baik belaka...
Amin
Terima kasih.

Faizal bin Abd Rahim. Jumaat, 19 hb. Disember 2025, 20:00, Kuala Lumpur: Cheras; Taman Desa Cheras.
|