Navigation

Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.

Aku: Faizal bin Abd Rahim.
 
ilmu.pengakap.org  
 
"Mana ada lain
Zahir dan batin
Hadir dalam cermin
Dalam mimpi bermain

Diri jati bernamakan aku
Jiwa minda dengan nafsu
Kerap rancang hendak maju
Mahu sangat benda yang baru…

Mana ada kawan…
Kiri dan kanan
Manis cuma depan
Budi satu mainan
..."
  Amy : Aku

Ha, ha, ha...

Aku: Faizal bin Abd Rahim..

Okay?, kot... Bukan pasal diri, sesangat... mampus, orang tak kenal... tak pandang... dan; aku pun, Aiman tak kesah!.

Sebenarnya, pasal nak terima kasih!.

Semuanya bermula, masa lepax-lepax kat Omel Lang Cottage... jam 04:00: sambil mengarut-ngarut... mengarut-ngarut, okay... bukan mencarut-carut! Sebagai Pengakap, apatah lagi, Pengakap Raja... undang-undang ke sepuluh... aku, cuba untuk patuh... sungguh!

Percayalah, aku... baik, orangnya...

Tongue out

Aku teringat ler kat mereka... Mantan Pemimpin-Pemimpin Pengakap aku:

  1. Pengakap Kanak-Kanak : Kumpulan 3 PPM Daerah Pontian.
   
Akela : 1. En. Noramin bin Miswadi

  2. En. Ahmad bin Hussein
       
   

Kegiatan yang tak boleh lupa:

  1. Umur 8 tahun, daftar dan aktif sebagai Pengakap Kanak-Kanak; diatas kebenaran khas. Umur sepatutnya dibenarkan, 9 tahun.
  2. Perjumpaan mingguan Pengakap Kanak-Kanak dilakukan bergilir-gilir di Kumpulan Pengakap Kanak-Kanak Zon Pekan Nenas, Pontian.
  3. Sambutan Jubli Perak Sekolah Kebangsaan Pekan Nenas. Tan Sri Mohamed bin Rahmat (Menteri Penerangan ketika itu) merasmikan sambutan dan melawat tapak perkhemahan Pengakap Kanak-Kanak.
     
  2. Pengakap Muda : Kumpulan 22 PPM Daerah Pontian.
   
Pemimpin Kumpulan : 1. En. Esa bin Manap
    2. En. Hassan bin Shamsudin
Pemimpin Pengakap Muda : 1. En. A. Aziz bin Alias
       
   

Peristiwa yang tidak dapat dilupakan:

  1. Dianugerahkan Sijil Kepujian Sekolah Menegah Pekan Nenas: telah berjaya menunjukkan bakatnya yang cemerlang dalam Pengakap.
    • Satu-satunya pelajar dari Tingkatan 3 dianugerahkan Sijil Kepujian. Jangan tak percaya
     
  3. Pengakap Remaja : Kumpulan 14 PPM Daerah Pontian.
   
Pemimpin Kumpulan : 1. En. Esa bin Manap
Pemimpin Remaja : 1. En. Mohd Shakhih bin Hj. A. Fatah
       
   

Pencapaian:

  1. Pengakap Raja.
    • Kamu Seorang Pengakap Raja. Kamu telah dilatih supaya taat kepada Tuhan, Raja dan Negara...
     
  4. Pengakap Kelana : Kumpulan 14 PPM Daerah Pontian.
   
Pemimpin Kumpulan : 1. Esa bin Manap
    2. En. Abdul Hamid bin Abu Bakar
Pemimpin Kelana : 1. En. Ariffin bin Samir
       
   

Kepimpinan.

  1. Manik Kayu Pengakap Muda.
    • Penolong Pemimpin Pengakap Muda Kumpulan 14 Pontian.
      • Dengan kebenaran khas.

Untuk semua: Terima kasih, Tuan!.

Huh! kau tengok... Aku, tak pernah lupa tau... kau orang, apa cerita? Tak kan, dah lupa, kot? dah, tak ingat... Nak cakap, bukan lupa... tapi, tak ingat! Huh! kalau dah lupa, tak ingat... pergh!, cendol... hampeh, ler...

Cuma; aku nak kata... Seronok, waktu Pengakap.

Waktu untuk menyerap pengalaman dan membenam pengamalan Kepengakapan. Mencetak keutuhan akhlak, pesona keperibadian diri. Gitu...

Gila, tak gila, ler kan...

Sajer, nak cerita... sajer, jer nak berlagak maklumkan... rentetan dari, diri aku seorang Pengakap Raja... Atas pemilihan pelajar-pelajar, okay... tanpa sebarang campur tangan kempen diri sendiri; sesungguhnya, sebenarnya. Aku turut dipilih oleh mereka untuk menjawat:

  Pengerusi : 1.
2.
3.
4.
Kumpulan Pengakap 14 Pontian;
Persatuan Ekonomi dan Perdagangan;
Persatuan Al-Huda; dan
Kelab Sivik.
         
  Jawatankuasa : 1.
2.
Pusat Sumber; dan
Persatuan Bahasa Malaysia.
  • Yang ni lawak, siut... Aku tak hadir pun, Mesyuarat Agung Persatuan (tarikh mesyuarat pun, disorok dari pengetahuan aku) (kalau, hadir... mahu aku pun Pengerusi, gak.). Tau-tau; "Terima jer ler", kata cikgu Hashim Md. Dom (nama sebenar), semasa aku beritahu dia perihal cerita.

    Huh! satu komplot diperingkat tertinggi sekolah, cuba menyengandalkan diri aku... satu syndicate komplot sorok barang menidakkan keterampilan diri, aku.

    Cis!, se cis! cis! nya...

Huh! ambek kau... gila jawatan sungguh, diri aku ini... Tapau, 4 Pengerusi, 2 AJK... tuduhan kamu, all...

Tapi, sebenarnya sesungguhnya... Ni, kira cakap tahap Masjid Negara, ni... Aku pun, heran... Aku pun, tak tahu... Apasal, nama aku naik... yes, yes... tak sia-sia aku bomohkan, dia orang all... Dia orang kata, "aku buat kerja, bukannya cakap, cakap, cakap..." Dia orang, kata ler kan... aku, quotekan jer...

Cool

Kan abang dah bilang, dah ulang... Percayalah, abang... Abang, baik orangnya...

Laughing

Huh! boleh percaya ker ni?

Boleh... emm, try awak orang all belek-belek senarai sebagai Pengerusi, kat atas tu... Kebaikan, abang diiktiraf oleh masyarakat sekolah tau... Pengerusi Persatuan Al-Huda dan Pengerusi Kelab Sivik, tu... Abang, tapau dua-dua sekali... Pemilihan oleh, pelajar-pelajar tau... Abang, bukannya teacher pet, Okay. Macam, sekarang ni ler... Abang, tak masuk good book, mana-mana Pesuruhjaya orang... (yang, ini... lain ceriter, kita ceritory).

Dan; macam mana boleh terjebak jadi Pengerusi Persatuan Ekonomi dan Perdagangan?

Panjang ceriternye, dik Non oii... Cer, ceriter, Cer, ceriter, Cer, ceriter...

Abang ambil "Gap Year"... Penat belajar aliran sains; Tingkatan enam... abang belasah, aliran sastera. Untuk pengetahuan you all... Abang, SPM aggregate 27, pure science stream... bukan haprak, pangkat 2, time tu... okay! (Yang, ini... ramai yang tidak tahu, bebudak pure science stream pandang aku, low class masa orientation week tingkatan enam. Aku ingat sampai bebila... Aku; STPM full set tau, ada antara dia orang... STPM, apa ceriter?). SPM, aku layak, mohon mana-mana Pusat Pengajian Tinggi... Tapi, kenapa entah, tak mohon mana-mana... (Tradisi banggang, ni... diteruskan oleh anak saudara aku: dapat 9A 1B pure science stream, boarding school lagi, tu... tapi, tak mohon mana-mana... last-last, jadi Licensed Aircraft Engineer (LAE) jer... Hello!, hello... bukan cokia-cokia  okay...)

Pengajarannya: kalau dah otak straight macam aku, ni...

Payah, siut belajar aliran sastera ni... tu yang Degree patah balik, aku belasah Computer Science... dan selanjut-lanjutnya, science...

Aku stop ceritory tu, kat sini...

Tapi, kan... itu ceritory masa aku, Pengakap. Masa, terserlah, pesona keperibadian diri.

Ceritory masa aku, Orang Dewasa dalam Kepengakapan... Pergh!... lagi banyak scandal, lagi hebat syndicatenya... Ibarat kata YB Dato Dr. Mohamad Shahrom Osman, "aku ingat dalam UMNO sahaja, hebat berpolitik; rupanya... dalam Pengakap lagi ligat, lagi hangat... permainan politiknya!".

"Huh!, baru tau, ker?...", kataku sambil tersenyum-senyum kepada beliau.

Cheers!, Tok... Banyak jasa Dato, tidak didendang... Tak terlupakan dan tetap saya kenang. Gaduh-gaduh manja, Dato tag team dengan mantan PLN, belasah dan dibelasah, saya sesorang... kira biasa ler, kan... tali pinggang kejuaraan, sudah bukan kita punya. Tapi, kita masuk gelangggang: time kemelut, perundangan... kemelut, kewangan... kemelut, keyakinan... dan masa, Persekutuan; orang tak pandang, jeling pun tidak teransang.

Dan; yang ini...

Lain tahun, baru aku ceriter... Itu, pun... jika ada masa... dan; aku bukannya seorang, pelipur lara!. Dan; malas dok ceriter sesorang, ni... sejibik orang gila.

Cuma...

Yang aku nak tanya, "Apa hal ler, aku ceriter pasal diri aku ni, haa... aduh..." Dan; yang lebih lagi buat aku heran," apasal kau orang baca?". (kalau ada, ler kan.. kalau...) Kiamat udah dekat... kot? Yer, ler... Kan?...

Atas, segala apa yang telah kau lakukan, Faizal; seikhlasnya...

 
  Shania Twain,"That Don't Impress Me Much"

Haa, haa, haa... Lemau!

Terima kasih.

    Yang ikhlas.

portal : paduka.png

Faizal bin Abd Rahim.
Rabu, 26hb. Julai 2023, 21:30, Selangor: Klang; Bandar Bukit Tinggi.


   
  * p/s : Dan; hadirnya aku ke tepian gantang dunia kepengakapan, bukan untuk mencuri perhatian, sesiapa pun jua.

Dapat, melukutkan diri pun, dah dikira.... okay ler tu.

Jumaat, 31hb. Julai 2023, 15:30

Amboi, amboi, amboi... Sesedap rasa jer member aku sesekor ni, meluahkan memarah manja dia, kat aku.

Faizal, "aku rasa... kau gagal menyatakan, sebab musabab kenapa kau ceriter, pasal diri kau, tu... macam yang pernah kau ceritorykan kat aku!..."

"Huh! , kau ni... aku tengah lepax minum petang ni, kot... agak-agak, ler woi..."

Okay, yer lah-yer lah...

Maksud, aku...

Bila anda, seorang Pengakap Raja... Anda dipercayai maruah peribadi oleh masyarakat dan diamanahkan tugasan untuk disempurnakan kerana mereka percaya ianya akan dituntaskan dengan penuh kebertanggungjawaban.

Merah sangat le Mak ngah Macam zaman dedulu...

Sikit-sikit... "Minta maaf mengganggu, cikgu... Cikgu X ler; cikgu Y ler; cikgu Z ler... Nak jumpa abang Faizal bin Abd Rahim, di bilik guru"

Aduh... Masak... ada kerja, ler tu...

Haa, haa, haa... gitu...

       
     
Taman Negara Tanjung Piai - Look Out
     
Tajuk : Heart of Gold
Penyanyi : Boney M (O.A. Neil Young)
Muzik : Neil Young (rearrange by Global)
Lirik : Neil Young



Pautan Sesawang