 |
|
| |
"...
Oh bulan berikan cahaya Agar terang malam Tatkala ku rindu
Oh bulan lihatlah hamba Yang hidup sendiri Di dalam sepi
..." |
| |
Kembara: Oh! Bulan |
Ha, ha, ha...
Am...bek, kau!. Tentang bulan ler, plak... Apa, ceriter? ni... Hurm, tenang... relax... sebenarnya, apa yang ingin saya utarakan kali ini, adalah...
Tentang, Pengetahuan.
Huh!, apa kaitannya... bulan; pengetahuan? Aduh...
Dengar, sini... dengar, baik-baik... "Cik Ramlee soal mudah dijawab, Kuala Lumpur ibu negeri", Saloma menjawab, P. Ramlee.
"Oh bulan berikan cahaya, Agar terang malam..."
Nampak tak... Agar terang malam...: Tidak ada cahaya sinaran rembulan, malam gelap guelita; Tidak ada pengetahuan... gelap masa hadapan!, bang... Kedua-duanya, memberikan cahaya, agar kita dapat melihat persekitaran dengan sejelas-jelasnya untuk melakukan pilihan: tindakan, untuk dilakukan; atau tindakan, untuk tidak dilakukan!
Jelas? khalass...
Pengetahuan:
| |
 |
| |
Dasar asas Pengetahuan |
Walau di mana pun, benaman pengetahuan tertanam dalam diri...
Dalam ruang lingkup Pengakap, saya kecilkan ruang perbincangan, senang... straight to the point, gitu...
Orang Dewasa dalam Kepengakapan, perlu untuk menguasai dan menerampilkan pengetahuannya untuk keunggulan Program Belia Pengakap. Anda (yer... kita semua), hadir, hanya untuk berperanan sebagai pembimbing, pemberi panduan dan sokongan kepada mereka, itu sahaja.
Segalanya adalah tentang pengetahuan.
Diambil orang perseorangan atau pun pertubuhan untuk giat ikhtiar Kepengakapan adalah kerana pengetahuan dan sumber-sumber yang berpilih terkait dengannya.
Itu, tunjangnya!
Bukan kerana yang lain-lainnya... Bukanlah ianya kerana, dia: kawan saya; dia baik, saya suka dia; saya, nak jadikan dia, sebagai pengikut saya; tidak pernah melawan saya; dan kita satu kumpulan; dan segala pelbagai alasan yang berkiblatkan kedungguan, untuk membenar wajarkan keputusan yang akan dan/atau telah dilaksanakan.
Jangan faraidkan jawatan-jawatan dalam, Persekutuan.
Orang Dewasa dalam Kepengakapan, sepatutnya begitulah juga...
Ianya, dan segalanya... adalah tentang pengetahuan; padanan Utopia diantara: Pengetahuan; Tugas dan tanggugjawab; dan Orang perseorangan atau Pertubuhan; yang akan dipertanggungjawabkan untuk melaksana giat ikhtiar Kepengakapan kita.
Biar, siapa pun dia... Pengetahuannya, adalah lebih utama!
| |
Captain Frank Ramsey |
: |
"I expect and demand your very best. Anything less, you should have joined the Persatuan Pandu Puteri Air Force." |
| |
|
|
Crimson Tide |
Itu, dalam keadaan sempurna...
Dalam dunia yang nyata, anda dan saya tahu-tahu sendiri, ler kan... Kita manusia, biasa... anda tidak sehaluan dengan saya: walau siapa pun, anda... sepandai mana pun, anda; kita tidak ditakdirkan, untuk bersama.
Haa... haa... haa...
Kenapa, ketawa? Kerana... kekadang, tu... saya pun sama!; kita tidak ditakdirkan, untuk bersama. Biasa, ler... gelagat pertubuhan; alasan yang boleh saya berikan.
Dan;
Hilang satu sifat dalam kepimpinan: menerima, meraikan dan mengurus ketidak sefahaman (pertikaian) dan menyatukan kesemua orang perseorangan dalam pimpinannya kepada giat ikhtiar menjayakan tujuan dan maksud, perbadanan sesuatu pertubuhan.
Kita insan, biasa... kan?
| |
"... Aku manusia, pelakon cerita Di pementasan, alam ciptaan-Nya Bukan sengaja, melanggar arahan Kadang terlupa, watak dan peranan aku, manusia ..." |
| |
Amuk: Aku ingin pulang |
Haa... haa... haa... (ketawa, yang ini... aku tak tau kenapa... pasal, sajer nak ketawa... ketawakan alasan diri, sendiri... kot dan itu, sebenarnya)
Orang Dewasa dalam Kepengakapan.
| |
 |
| |
Padanan Keperluan Penugasan |
Itu, dia.
Giat ikhtiar Orang Dewasa dalam Kepengakapan bukannya terlaksana secara silo tetapi rangkuman dari penggemblengan daya usaha:
| |
1. |
Program Belia Pengakap:
Program Belia Pengakap adalah Pengakap. Ianya adalah tentang: kegiatan berpengakap mengikut tahap skema yang telah ditetapkan; untuk dilaksanakan dengan jayanya mematuhi kemampuan piawai yang telah diterima selaras dengan usia dan daya upaya mereka. Di bahagian inilah; segalanya bermula dimana kegiatan Pergerakan diasas dan diterapkan melalui kaedah piawai; dan disokong iltizam giat ikhtiarnya oleh keseluruhan bahagian Pergerakan untuk mencapai Keunggulan Program Belia Pengakap.
|
| |
2. |
Orang Dewasa dalam Kepengakapan:
Mengurus Sumber Dewasa dalam Pengakap untuk mencapai kedudukan terbaik untuk: orang dewasa menyokong Persekutuan; kejayaan para pemegang taruhnya; dan mempertingkatkan keupayaan Persekutuan melalui peningkatan nilai pasaran diri ahli orang dewasa, itu sendiri.
|
| |
3. |
Pengurusan Pengetahuan:
Sebagai satu entiti Pertubuhan Pembelajaran: Persekutuan, bergantung kepada Pengetahuan. Pengurusan Pengetahuan, membudayakan cinta pengetahuan dengan menyokong pembinaan persekitaran penciptaan pengetahuan baharu melalui giat ikhtiarnya, yang akhirnya mempertingkatkan tahap pencapaian Persekutuan dengan penggunaan pengetahuan yang dibenam dalam diri perseorangan dan; atau pertubuhan, secara semula jadi.
|
| |
4. |
Pasukan Latihan (Pendidikan):
Dalam ketertiban pembelajaran, perincian khas tertumpu kepada layanan Persekutuan terhadap Pengetahuan; untuk dipergunakan sebagai satu pemangkin dalam mencapai wawasan dan tujuan perbadanannya. Ianya dibenamkan berulang-ulang kali, kedalam diri orang dewasa melalui giat ikhtiar menutup lompang pengetahuan pertubuhan untuk mencipta kelebihan daya saing Persekutuan dan tekal wujud, mendepani arus cabaran zaman.
|
| |
5. |
Pentadbiran:
Memperakui dan mengamalkan Dasar Tadbir Urus Orang Dewasa dalam Kepengakapan serta dasar-dasar dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengannya. Memperuntukkan sumber-sumber sewajarnya untuk menjayakan pelaksanaan dan dalam perihal ini, mesti: meminumkan kesan kewangan terhadap Persekutuan dalam giat ikhtiar menutup lompang pengetahuan; dan memaksimumkan keuntungan Persekutuan dengan memenuhi ukuran sasaran pencapaian: Petunjuk Pencapaian Utama (Key Performance Indicator, (KPI)) dan; Pulangan Pelaburan (Return on Investment, (ROI)); hasil dari mempergunakan Pengetahuan yang diperolehi, secara tuntas .
|
Semuanya senang, santuni: Pengetahuan; Orang dewasa; dan Sumber-sumber berpilih yang terkait dengannya; dan layan kesemuanya, secara adil dan saksama.
| |

|
| |
Recruitment Process. |
Insya-Allah, saya curahkan kefahaman dalam artikel: Orang Dewasa dalam Kepengakapan.
| |
* |
Jika, ditanya |
: |
Mengapa dibentangkan, sebegini rupa? |
| |
|
Ini, jawabannya |
: |
Mengapa tidak?
Untuk, seorang Pengakap marhaen... seperti,saya!
Anda, fikir... saya akan dibenarkan membentangkannya, dimana?
|
| |
|
Soalan, anda |
: |
Bila? |
| |
|
Jawaban, saya |
: |
Akan datang. Tunggu... sebenarnya, ada dah... malas nak publish, tu jer. Saya, tidak akan mendahului... cukup untuk mengatakan:
| |
"... You ain't seen the best of me yet Give me time, I'll make you forget the rest ... Don't you know who I am? Remember my name!" |
| |
Irene Cara: Fame |
And; the name is: Faizal bin Abd Rahim.
|
Sekian dihikayatkan, adanya...
Orang Dewasa dalam Kepengakapan. Adalah tentang: Keterampilan Orang Dewasa dalam Kepengakapan untuk keunggulan Program Belia Pengakap.
Terima kasih.
|