Navigation

Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.

TopGun: Maverick

ilmu.pengakap.org
  Alah... TopGun, lagi...
 
  TopGun:Maverick

Ha, ha, ha... (gelak Hussein Abu Hassan)

Sajer jer, nak bagi awak orang anda bosan... hidup kalau ceria sesajer, apa barang... acap kali, dalam kehidupan, kita perlu terkesima... untuk meraih pengajaran!

Mengapa, Maverick?...

Hah!... dengar baik-baik... diulangi sekali lagi, dengar baik-baik...

Pakcik Maverick tu, bukan berada ditempat ia berada didalam sequel Top Gun, secara tetiba... tup-tup... jadi lagenda...

No, no, no... 

Ianya adalah disebabkan oleh urutan pengamalan dan pengalamannya, mengakibatkan terletaknya dia, pada kedudukan yang dia berada ketika ini, dalam filem tersebut...  (anda harus menonton filem Top Gun secara urutan... Top Gun : Danger Zone dan kemudian Top Gun : Maverick untuk memahami apa yang saya perkatakan).

Dan, sekarang...

Dengar baik-baik apa yang hendak saya perkatakan... diulangi sekali lagi, apa yang hendak saya sampaikan!

Dalam kehidupan kita... pun sama.

Kita, ni... bukan secara tiba-tiba, tup-tup... berada pada kedudukan terkini kita berada sekarang, tika dan saat ini... Semuanya, dinisbahkan kepada sebab dan akibat... natijahnya, you buat sesuatu dan you terima habuannya!

Dalam kehidupan, di dunia fana ini... tidak ada yang berlaku secara kebetulan.

Faham?... kabur?... pergh... payah...

Sebab itu... saya selalu kata... untuk memperolehi habuan yang baik, kena ler bermula dengan eluk, dengan betul, dengan sepatutnya... Intan tak akan muncul, kalau arang batu you buat bahan api fosil, faham... Intan ku kesepian akan terbentuk, bila dia (arang batu) diberikan satu tekanan irama daya tekanan dalam jumlah gigapascal yang tinggi dan pengebumian yang mendalam serta haba pemanasan yang terlampau selama berjuta-juta tahun lamanya, baru menjadi... bukannya dengan kekuatan banggang seperti yang dimomok-momokkan oleh adiwira ciptaan bodoh karyawan Holywood, Superman.

Sayugia adanya, begitu ler juga dengan kita...

Bila berangan untuk mengimpikan secara termajnun-majnun akan sesuatu... Sila ler... buat dengan betul apa sahaja yang kita buat dari permulaan yang pertama sekali, agar kita tidak membuang masa untuk asyik memperbetulkan segala kesalahan yang telah kita buat disebabkan oleh kegagalan diri kita untuk memastikan permulaan yang dilakukan dengan betul, tepat dan sempurna.

Macam mana?... cerah pandangan?

Err... macam nampak, macam faham... tapi...

Tapi... tapi... tapi... Tapi apa?!

Graf Halatuju-Masa (Velocity-Time Graph) ler panduannya. Huh! ambek kau... Quantum Physics, kau...

Kita... yer kita, anda dan saya...

Berada di kedudukan terkini, sekarang ini... bukannya berlaku secara kebetulan... bukannya turun dari langit dan tiba-tiba diberikan tempat pada kedudukan. Semuanya, akibat dari tindakan yang telah kita lakukan pada usaha-usaha yang telah kita jalankan, dengan izin Allah S.W.T (Tuhan)... jerih perih penat keletihan, ditendang dan diketepikan; dan diambil hanya apabila diperlukan, menanam pengamalan dan meraih pengalaman, hanya atas satu tujuan... mencipta satu kejayaan, atau pun satu kegagalan.

Kita mencipta apa jua kejayaan, mahu pun kegagalan yang kita capai dan gapai, ketika dan saat ini.

Dapat?.

Apa sahaja yang ingin anda impikan, anda mesti berusaha untuk menjadikan ianya satu kenyataan!. Kalau nasib anda, ada orang lain, yang menentukan... aduh, kasihan!.

Ingat! Graf Halatuju-Masa (Velocity-Time Graph).

    Graf Halatuju Berbanding Masa
    Graf Halatuju Kehidupan
                   

You (baca dengan nada, ala-ala Maknyah)... Nak I terangkan lagi, ker...

Aduh...

Kata kunci: Akibat yang anda inginkan dan sebab yang mengakibatkan ianya terjadi. Itu sajer... bukannya susah pun... 

  Akibat : Hasil yang anda perolehi dalam interval time (t) yang anda tentukan atau yang telah ditentukan masanya.
       
  Sebab : Tindakan (action) yang anda lakukan dengan usaha-usaha untuk memenuhi syarat-syarat keperluan (energy) bagi membolehkan anda memperolehi akibat dalam interval time (t) tertentu.

Rumus: tindakan (action) (S) = tenaga (energy) (E) X masa (time) (t)

Rasanya tak payah ler saya terangkan secara Quantum Physics melalui  the quantum of action dan Hamilton's principal function, kot...

Bahasa mudahnya... bahasa orang kampung kita orang, kat Parit Pasir, Pekan Nenas, Johor...

  Untuk bacaan ke hadapan:
           
  1. Untuk mendapatkan hasil tertentu (berjaya atau gagal) dalam interval time (t) tertentu (titik henti masa yang ditetapkan): anda mesti melaburkan jumlah tenaga yang tepat dalam julat masa yang telah ditetapkan (pada titik henti interval time) tersebut.

Dalam melakukan tindakan (action) tersebut:

           
    a.   Akan ada pelbagai rintangan (vector with opposite direction) yang sama kuatnya dengan vector, yang ianya perlu anda hapuskan secara keseluruhan (Newton's Third Law of Motion) dan Control equation: Keperluan untuk tindakan = Prestasi keinginan - prestasi sebenar; dan sebagainya untuk tindakan anda.
    b.   Pengurusan Projek (Project Management) bermula, dijalankan dengan terperinci, teratur, tersruktur.

Akan terdapat pelbagai pilihan saluran tindakan yang boleh anda pilih untuk melakukan kaedah terbaik bagi menjana hasil terbaik atas tindakan tersebut (operation research-based modelling). Menggunakan kos yang terendah mungkin untuk mendapat keuntungan termaksima mungkin (Cost  control) (perlu ditekankan bahawa imbuhan: ter, di awal kosa kata terendah dan termaksima bukanlah bermaksud membawa erti sesuatu yang tidak disengajakan... ia adalah berdasarkan kepada pengiraan pendekatan sistematik terancang diantara perhubungan kepintaran dan pembuatan keputusan) dengan bantuan decision support system dan sebagainya.

Analisa SWOT banyak membantu jika ianya dilakukan dengan jujur dan betul.

    c.   Untuk menyemarakkan tindakan (action) yang dipilih untuk dilakukan, AIDA Formula; Management Effectiveness = (TS + QT + IM) MS; dan sebagainya boleh diterapkan.
           
  Untuk bacaan ke belakang:    
           
  1. Cermin peribadi kehidupan anda. Keputusan ujian penggal dah keluar dan buku penyata tidak akan dapat untuk disorokkan dibawah gelegar rumah anda lagi. Cheers!...

You are what you eat!.

           
    a.   Tindakan (action) yang telah anda lakukan melalui pelbagai tenaga usaha (energy) yang dicurahkan disepanjang masa (time) sehingga titik henti interval time (t1) akan menjadi satu bahan rujukan kajian atas akibat satu kejadian.

Dengan rasminya, anda adalah bahan kajian kes. Segalanya akan dibincangkan secara terperinci. Analisis pemasaran dan Indeks Pretasi Utama (KPIs) dibentangkan bersama penilaian-penilaian lain yang berkaitan untuk menentukan adakah anda telah mencapai pulangan pelaburan (ROI).

    b.    Anda dan kejayaan anda; ataupun kegagalan anda adalah bahan rujukan sejarah... diperturunkan ceritanya dari zaman ke zaman.

Best Practice dan Lesson Learnt untuk teladan generasi-generasi berikutnya... bukan hanya setakat sepanjang hayat dikandung badan, malah sehingga badan dikandung tanah, dibicarakan.

    c.    Disinilah, perkataan, "kalaulah..." sering diluahkan.

Akhirnya, tahniah kerana anda telah mempelajari sesuatu (akibat) dari tindakan anda. Percayalah... yang gagal, sememangnyalah akan sentiasa meratap hiba, tetapi yang berjaya pun tetap akan meratibkan yang serupa.

Ianya adalah bersandarkan kepada sebab atas sesuatu akibat.

  1. Kalau anda telah memahaminya... Tahniah anda telah dewasa!.
  2. Kalau masih gagal memahaminya... Jangan takut anda masih boleh mencuba semula. Itu pun jika masih ada, masa! 

Kata kepada Kata Kunci: Nasib anda, anda sendiri yang menentukan... dengan izin Allah S.W.T. (Tuhan).

Terima kasih.

portal : mohor.png  
   
Faizal bin Abd Rahim.
Sabtu, 19 hb. Jun 2021, 00:00, Selangor: Pelabuhan Klang; Bandar Bukit Tinggi
   
  Sungai Bumbun    
Lagu Impian Anak Jalanan
Artis : Kumpulan Kembara
Muzik : Mohamad Nasir Mohamed
Lirik : Mohamad Nasir Mohamed
       
   
P/S : Graf Halatuju Kehidupan...  diperkenalkan kepada saya ketika berumur masa masih muda lagi (13 tahun), tahun 1982 oleh seorang guru dan kegunaannya untuk perancangan masa hadapan...

Dan setelah beberapa penambahbaikan dilakukan keatasnya, sekarang, dalam usia sudah tidak berapa muda lagi (umur I... rahsia you, kira ler sendiri), tahun 2021... dah naik basi melihat kesan dan akibat dari segala tindakan yang telah saya lakukan disepanjang kehidupan, ini.



Pautan Sesawang