Navigation

Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.

Can I advise you something?
 
ilmu.pengakap.org
 

Hello Rumah BP dan "Rumah BP".

  I know he can get the job, but can he do the job?
   
 
     
    Joe Versus the Volcano

Faham?

Kelam?... Aduyai, nak juga... saya, seorang Pengakap marhain  tolong pecerahterangkan...

Pergh.. parah, ni... 

Ingat tak, sewaktu anda melakukan istiadat penyerahan dan penerimaan tugas pada setiap kali anda menghadiri sebarang kursus Pengakap...

Acap kali, dilafazkan...

  Istiadat Menyerah dan Menerima Tugas
         
    Penyerah Tugas : Saya, serahkan kepada anda ..................;

Tugas ..................;

Untuk ianya dijalankan dengan seberapa daya upaya, baik;

Berdasarkan atas: Prinsip; Persetiaan; dan Undang-Undang; Pengakap.

         
    Penerima Tugas : Saya, terima daripada anda ..................;

Tugas ..................;

Dan akan menjalankannya dengan seberapa daya upaya, baik;

Berdasarkan atas: Prinsip; Persetiaan; dan Undang-Undang; Pengakap.

         

Kerr...

Anda main serah dan terima, tanpa apa-apa lafaz... tak tau apa nak, lafaz... tak pernah diajar, apa nak dilafaz... tak terlafaz... atau, terkhayal dengan lagu: Jangan lafazkannya...

Pergh...

Akibatnya, tugas diterima dan dilaksanakan secara sambil lewa... tanpa anda, sekali-kali mengetahui dan menyedari satu bebanan tanggungjawab telah digalaskan ke bahu anda dan ianya disandarkan sepenuhnya kepada Prinsip; Persetiaan; dan Undang-Undang; Pengakap.

Untuk dijalankan dengan seberapa daya upaya, baik.

Huh!, akibatnya..

Dalam keadaan semasa, Persekutuan Pengakap Malaysia dipenuhi dengan orang yang berebut-rebut untuk menerima dan menggalas tugas tetapi terlupa untuk melaksanakan dan menjalankan tugas yang digalas dibatu jemala mereka itu, dengan sesempurna-sempurnanya bersandarkan sepenuhnya kepada Prinsip; Persetiaan; dan Undang-Undang; Pengakap.

Bro... alasan; dengan seberapa daya upaya, baik...

Jangan ler digunakan... ianya bukannya alasan untuk menutup segala kelemahan kita dalam kegagalan menjalankan tugas yang telah sanggup untuk kita tergila-gila menggalasnya...

Tiada paksaan...

Kita tahu keazaman, kita... tahap kemampuan diri kita; tenaga dan kepakaran kita... Kalau, tugasan atau tugasan-tugasan yang digalas sebelum, ini... tak tergalas, tak tuntas...

Buat-buat sedar diri ler... boleh?, gitu...

Kita Pengakap, ada maruah... jaga ianya dengan seberapa daya upaya, baik... kalau hilang, maruah... yang tinggal... baruah!.

Jangan malukan, Persekutuan Pengakap Malaysia...

Terima kasih.

portal : mohor.png  
   
Faizal bin Abd Rahim.
Isnin, 22 hb. Februari 2021, 10:00, Kuala Lumpur: Cheras; Taman Desa Cheras
 
   
       
  P/S : Ingat nak kurangkan bebel... penat...

Tapi.. dengan rentetan peristiwa pelanggaran etika "Safe from Harm" semasa, Persekutuan Pengakap Malaysia... terpanggil untuk saya, pada Hari Pengasas Pengakap, ini... jeritkan...

Hormati: Prinsip; Persetiaan; dan Undang-Undang; Pengakap!

Namun... apakan daya... walau telah diusahakan dengan seberapa daya upaya, baik; gagal untuk menjentik hati nurani pendengarnya...



Pautan Sesawang