Navigation

Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.

Kedai Kopi Kiah Kebaya.
 
Library: PPM.png
 
Perisytiharan Kedai Kopi Kiah Kebaya.
 
Latar belakang ketetapan:
  • Perlembagaan Persekutuan pengakap Malaysia: Perkara 35; Kenyataan Di Akhbar, Siaran Radio, Televisyen Dan Pembuatan Filem Dan Penerbitan.
   

Tujuan penetapan:

  1. Matlamat utama adalah untuk memaklumkan bahawa ilmu.pengakap.org bukan halaman sesawang rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia.  
   
  • ilmu.pengakap.org tidak pernah berura-ura untuk menguar-uarkan bahawa ia adalah; media rasmi Persekutuan, amnya atau lidah rasmi Persekutuan, khususnya.
  • ilmu.pengakap.org tidak pernah bercita-cita untuk menggantikan; media rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia atau mana-mana sub media dalam rangkaian media pertubuhan Persekutuan.
  • ilmu.pengakap.org tidak boleh dikaitkan atau disyak yakini secara langsung atau tidak langsung; mempunyai kaitan ikatan dengan mana-mana bahagian atau unit Persekutuan; pada mana-mana peringkat pertubuhan Persekutuan Pengakap Malaysia
 
  2. ilmu.pengakap.org hanyalah satu halaman sesawang picisan... yang cuba untuk melukutkan dirinya di tepian gantang dunia kepengakapan Malaysia... tidak pernah sekali-kali berniat dan tidak pernah sekali-kali berminat untuk mencabar mana-mana halaman sesawang pengakap yang telah lama wujud, apatah lagi halaman sesawang rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia.  
 

Tindakan Perisytiharan:

1.  ilmu.pengakap.org akan menjarakkan dirinya dari halaman sesawang rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia . 
 
  • indeks pengakap.org akan membawa pengunjung terus ke halaman sesawang rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia
 

Kelenturan Perisytiharan:
 
Berasaskan kepada ketetapan watak perundangan fair use doctrine dan mendukung seksyen 13(2)(a): urusan adil; Akta Hakcipta 1987 Pindaan 2012; capaian ke halaman sesawang ilmu.pengakap.org akan hanya diperolehi dengan menggunakan capaian secara terus ke alamat ilmu.pengakap.org  dengan tujuan niat; melayari.

ilmu.pengakap.org:

  1. Diwujudkan diatas tujuan pengurusan pengetahuan dan pendidikan semata-mata dan tidak sekali-kali bersifat tujuan keuntungan;
  2. Memelihara dan menyerahkan segala sifat kerja berhak cipta di dalam kandungan halaman sesawang kepada para pemegang Hak Cipta Terpelihara sepenuhnya;
  3. Memperakui segala segala sifat kerja berhak cipta yang digunakan tanpa mengira saiz jumlah penggunaan atau banyaknya bahagian penggunaan di dalam kandungan halaman sesawang adalah milik para pemegang Hak Cipta Terpelihara sepenuhnya; dan
  4. Melalui penyataan Halaman Perisytiharan telah menekankan kesan penggunaan terhadap keboleh harapan pasaran atau nilai; karya berhak cipta adalah hak pemegang Hak Cipta Terpelihara sepenuhnya dan ianya dipelihara dan dipatuhi sepenuhnya oleh ilmu.pengakap.org dan termasuk dalam pernyataan ini adalah perlu diperakui dan dipatuhi oleh para pengunjung ilmu.pengakap.org sepenuhnya.

 

End of... Kedai Kopi Kiah Kebaya Declaration.

portal : mohor.png


Faizal bin Abd Rahim.
Khamis, 14 hb. Februari 2019, 13:00, Kuala Lumpur: Cheras; Taman Desa Cheras.
     
*

P/S

:

Perisytiharan Kedai Kopi Kiah Kebaya digubal untuk menghormati Persekutuan Pengakap Malaysia.
     

* P/S : Memesan dalam pesanan. Tiada sesiapa ker yang nak belanja minum kopi...

Haus ni!

Minum sambil layan dangdut:

 
  Lagu : Aku bukan hidangan
  Artis : Hetty Soendjaya
  Lirik : Hetty Soendjaya
  Muzik : Fazal Dath

dan;

ilmu.pengakap.org bukan hidangan... untuk diperlekehkan!

     


Pautan Sesawang