
|
|
Terjebak dengan wabak pengakap? Huh!... tahniah ler, dik! Wabak penyakit yang rasanya, belum ada lagi penawarnya, kot...
Sekali berpengakap, sentiasa berpengakap!
 |
|
 |
| |
|
|
| Leicester Scout Rally |
|
Old Scouts Association |
Mantera... Horatio Herbert Kitchener, 1st Earl Kitchener, KG, KP, GCB, OM, GCSI, GCMG, GCIE, PC; atau lebih dikenali sebagai Lord Kitchener (Oana, 1939) (Wilson, 1960), semasa scout rally di Leicester pada tahun 1911 dengan disaksikan oleh Geoffrey Elwes, dan sekali lagi, jampi serapah tuju-tuju itu diratibkan semasa scout rally di Colchester pada Jun 1911 dan terus menjadi... melekat!
Huh!... ambik kau!.
Bukan sembarangan orang tu, dik... siapa dia? sesekali, pandai-pandai ler cari sendiri, dik... jangan ler jadi Pengakap, yang sering tak tau mana nak cari, tapi... tau jer mana nak curi! Ingat... anda cuma dibenarkan untuk mencuri ayam... tidak yang lain!
Err... ramai menyangkakan ungkapan itu lahir dari mulut B.P. kan... kan... kan...
Well... itu, bukan salah saya. Err... maksud saya, kedua-duanya sekali... yer kedua-duanya sekali!:
| 1. |
Terjebaknya anda ke wabak pengakap; dan |
| 2. |
Ketidaktahuan anda tentang asal-usul ungkapan Once a Scout, Always a Scout. |
Saya? sumpah, saya tidak terlibat di dalam sebarang conspiracy menyembunyikan fakta-fakta... Saya lurus, orangnya! (sambil ketawa Hussin Abu Hassan, ketika mengungkapkan patah perkataan ini).
Namun ibrat kata-kata, Aishah... Bukan aku memaksa, tapi selanjur bercinta, biar sampai berumahtangga... Chop!, kejap, kejap, kejap... apa kaitan Aishah dengan berpengakap ni, hah... huh! ibarat dendangan kumpulan Wings, aku pun tak tahu...
Tapi, tapi, tapi... yang ni, cakap masjid!
Dah terjebak dalam wabak pengakap? sudah? diagnose wabak Pengakap... tapi, kenapa symptom-symptom ketenteraan, kepolisan, keperubatan pula menguasai... kang, pengamal perubatan dan perbomohan... mendiagnose anda, sebagai tak berapa nak centre... marah le plak, nanti.
Kalau dijangkiti oleh wabak Pengakap... tunjukkanlah symptom-symptom jangkitan yang betul!
Adik manis... abang kumis...
| World Scout Resolution. |
| |
|
| 1924-16 |
Policy, Non-Military. |
| |
This Conference re-asserts and emphasizes the non-military character of the Boy Scout Movement.
The aims and ideals of the Movement are directed towards the development of a spirit of harmony and goodwill between individuals and between nations.
|
| |
|
| Note : Copenhagen, Denmark, August 18-20, 1924. |
Terus...
| World Scout Resolution. |
| |
|
| 1937-15 |
Patriotism. |
| |
The Conference resolves that the International Committee be requested to do all that it can to ensure that Scouting and Rovering in all countries, while fostering true patriotism, are genuinely kept within the limits of international cooperation and friendship, irrespective of creed and race, as has always been outlined by the Chief Scout. Thus, any steps to the militarization of Scouting or the introduction of political aims, which might cause misunderstanding and thus handicap our work for peace and goodwill among nations and individuals should be entirely avoided in our programmes. |
| |
|
| Note : The Hague, Netherland, August 10-12, 1937. |
Sekali berpengakap, sentiasa berpengakap! ingat tu...
Jangan jadi sesumpah... sekejap Pengakap, sekejap jelmaan lain, plak... atau, masa ambil Lencana Keahlian jer, Pengakap... masa lafaz ambil tauliah jawatan jer, Pengakap... (alah... masa ni pun, ada yang dah tak berapa nak Pengakap sangat pun... ada yang tak reti nak menghormati majlis; sebelum, semasa dan selepas... ada, siap tumit tinggi lagi...) lepas dapat tu semua... tak Pengakap!
Kang nanti, kena tegur dengan Pengakap-Pengakap marhaen macam aku saya ni... tarik muka 18 ler plak.
Betul... dalam Pengakap ni, kita boleh buat apa sahaja, tapi ingat... mana ada yang kita buat saja-saja! Kalau ada... ijazahkan ler saya, riwayat dari mana?
Faham?! tolong hadamkan! untuk anda semua... (Lebih kepada peringatan untuk diri sendiri, sebenarnya!).
Kalau Pengakap... Jadilah Pengakap!

Faizal bin Abd Rahim. Selasa, 19 hb. Februari 2019, 12:00, Kuala Lumpur: Cheras; Taman Desa Cheras. |