Navigation

Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.

Sebenarnya, Pengakap.
 
ilmu.pengakap.org
 

ilmu.pengakap.org

Anda : Apahal...

Senyap, nampak... dah kering idea ler tu, gamaknya.

     
Saya : Aku? kering idea... 

Mana ada! terus terang, jer... malas! 

Nak menjawab, kepada pihak Rumah B.P. ... Nak, melarikan diri, dari terlampau berkiblatkan kepada segala macam bentuk Prosedur dan Peraturan...

  "Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini"
 
Lagu : Tanya sama itu Hud-hud
Muzik : Mohd Nasir Mohamed
Lirik : Mohd Nasir Mohamed

Dan;

Pengakap, itu sepatutnya, menyeronokkan... 

  1. "A boy is naturally full of humor."
  2. "A boy is not a sitting-down animal."
  3. "Correcting bad habits cannot be done by forbidding or punishment."
 

    Robert Baden-Powell

Tapi, tapi, tapi...

 

Make no mistake...


"Boy Scout is not merely to give you fun and adventure but that, like the backwoodsmen, explorers, and frontiersmen whom you are following, you will be fitting yourself to help your country and to be of service to other people who may be in need of help. That is what the best men are out to do"

   

Itu ler pentingnya public speaking Kepimpinan Kumpulan Pengakap...

Menjalankan kegiatan kepengakapan dengan kegiatan yang nampak, macam buat apa saje... tapi jangan silap... bukannya dibuat saje-saje!

Pengakap:

Tujuan dan maksud Perbadanan

  5 (1) Tujuan Perbadanan adalah untuk membangunkan warganegara
yang baik dalam kalangan kanak-kanak lelaki... 
        ... 
      (c)  mengajar mereka perkhidmatan yang berguna untuk orang
awam...
        ...
Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968.

Lagi...

Tujuan

  1 (a) Tujuan Persekutuan ini ialah bagi membentuk kanak-kanak menjadi rakyat yang baik dengan membentuk sifat perangainya - melatih tabiatnya supaya biasa tajam pemerhatiannya. menurut perintah dan percayakan kebolehan dirinya - menanamkan semangat taat setia dan perihatin rerhadap orang lain - mengajar mereka berkhidmat dan berguna kepada orang ramai dan membuat sendiri benda-benda yang berguna bagi dirinya - memajukan kesihatan rubuhnya, fikirannya dan semangatnya terhadap agama.
       
Prosedur Organisasi dan Peraturan: Bahagian I; Tujuan dan Dasar.

Haa.. ambik kau!... dan... itulah Pengakap, sebenarnya... 

Nak buat apa, yer... macam mana?... kegiatan yang mana satu yer... yang ini ker, yang itu... huh! pepandai sendiri ler wahai cik adik manis, abang hamis ... itu ler pentingnya, general knowledge...

Alah... bukannya sesusah seKBAT mana pun...

Pola pergerakan kegiatan pengakap oleh Persekutuan Pengakap Malaysia. Kegiatan?, pengakap sendiri yang tentukan... 

Tak gitu, wahai Ketua-Ketua Patrol sekalian... anda ingat, anda dilantik sebagai Ketua Patrol secara suka-suka? untuk berlagak dan bermegah dengan pangkat yang ada itu... Huh!, malam sikit!...

Anda sebenarnya, adalah tenaga pengerak kumpulan anda!

Patrol

  241
... 
    (2) Ketua Patrol melatih Patrolnya melalui aktiviti dalam perjumpaan Pasukan dan Patrol, dan dalam perkhemahan.
    (3) Ketua Patrol merancang akan semua aktiviti untuk perjumpaan Patrol dan perkhemahan dengan bantuan Penolong-Penolongnya dan tertakluk kepada nasihat Pemimpin Pengakap dan Majlis Ketua-Ketua Patrol.
      ...
Prosedur Organisasi dan Peraturan: Bahagian VI; Pertubuhan Kumpulan.

Tapi... tapi... tapi...

Saya tak pandai... saya tak mahir... macam mana?... huh! siapa suruh anda memandai-mandai... siapa paksa anda ambil tanggungjawab kalau tak mahu dipertanggungjawabkan! anda ingat, Kumpulan Pengakap macam kumpulan main pondok-pondok, main kahwin-kahwin... yang tidak perlu dipertanggungjawabkan kelakuannya... pepandai sendiri ler... 

Haa... pucat budak!...

Disini ler, terletaknya peranan Majlis Ketua-Ketua Patrol...

Majlis Ketua-Ketua Patrol

  239 (1) Majlis Ketua-Ketua Patrol adalah satu badan mengandungi Ketua Pasukan, dan Ketua-Ketua Patrol...
       
 
(2) ... Majlis Ketua Patrol adalah juga saluran untuk memberi latihan kepada Ketua-Ketua Patrol.
 
Prosedur Organisasi dan Peraturan: Bahagian VI; Pertubuhan Kumpulan.

Haa.. amacam Ketua-Ketua Patrol... nampak tak tugasan anda... ker baru tau?... tu ler, orang suruh pergi kursus Ketua Patrol, hang dok lari... bagi macam-macam alasan... laa ni, hang ngangga... sengeh memanjang!.

Pemimpin?...

Buat bodoh jer... padan muka depa, nak sesangat jawatan, ambik kau!... lobby ler lagi... sekarang, tanggung sendiri! Bertindak sebagai penasihat... memandu mereka ke arah kebenaran, jangan tersesat... dengan memberi garis panduan kepengakapan yang telah diterima sewaktu mengikuti latihan kepemimpinan dari bahagian Ahli Dewasa Dalam Berpengakap.

Kalau ada pergi ler, kan... kalau idak, merapu ler juga, tu yang ada Kumpulan Pengakap, kegiatan pengakapnya, pergh!... tahap, mengerikan... Kumpulan lain, melahirkan Pengakap Raja, Kumpulan dia, Pengakap saje-saje... kegiatannya, sibuk setahun panjang, tapi ahli-ahlinya tahap tenderfoot memanjang...  huh! itu pun kalau betul sah ada... kalau tidak, beli baju dah ditampal Lencana Keahlian sama...

Sekian, bebelan saya kali ini...

portal : mohor.png


Faizal bin Abd Rahim.
Rabu, 13 hb. Mac 2019, 00:00, Kuala Lumpur: Cheras; Taman Desa Cheras.
     


Pautan Sesawang