Another day at denai belantara...rehat di Banjaran Tahan, seketika...
"Environmental concerns? There were none. Not that we didn't care, you understand. We just didn't see anything wrong with cutting trees and restructuring the soil to suit our needs. Given the equipment of the day, reshaping the land was the most logical way to make outdoor life bearable.
Litter, of course, was another matter. We proudly packed out every-thing we (and anyone else) brought in. We were Boy Scouts, not slobs!"
Cliff Jacobson
Ha... ha... ha... ketawa panjang aku! teringat kata-katanya... semenjak aku Pengakap... aku pun macam dia, juga ler... ada parang, ada kapak, ada shovel... huh! dunia, ana yang empunya...
Dan; aku bukannya... pemalas lagi pengotor!.
"In 1958 Calvin Rutstrum brought out his first book, The New Way of the Wilderness. Suddenly, there was new philosophy afield. Calvin knew the days of trenched tents and bough beds were numbered. His writings challenged readers to think before they cut, to use an air mattress instead of a spruce bed."
Cliff Jacobson
"They need to learn how to camp and canoe!... backpackers need to be very selective when considering his list"
Calvin Rutstrum
Bila aku kena pikul semua benda... bila, isteri aku kata, dah tak larat nak pikul sama... dan aku pun, dah meningkat usia... aku selalu kata... takper, ni yang last ler ni!.
Ha... ha... ha...percaya ler...
Dan, scene itu pun berulang-ulang... entah, untuk kali yang ke berapa? masa yang berbeda, tempat yang hampir-hampir kelihatan serupa... belantara!.
Akhirnya... "Oh!... oui s'il te plait!"
Ray Jardine!!! mana you... ajar saya konsep Ultralight backpacking...
Konsep Ultralight backpacking
Kurangkan berat bagi setiap barang;
Timbang berat segalaâgalanya;
Menghapuskan bahan buangan dengan cara yang betul;
Bawa kurang atau dengan secukupnya sahaja;
Berkongsi gear dengan orang lain;
Pertukaran dari bergantung pada gear kepada kemahiran; melalui membaca dan amalan;
Meringankan beban berat kaki anda;
Memikirkan semula, mengurangkan, dan membungkus semula;
Membawa peralatan yang berbentuk pelbagai guna; dan
Gantikan gear.
Ray Jardine
Isteri
:
Huh! apa awak merungut, ni...
Baru, minta tolong bawa barang sikit... dah complaint...
Saya
:
Eh, Tak ler...
Ingat, nak kurangkan berat barang-barang kita... lain kali, ler... lain kali.
Isteri
:
Awak nak kurangkan, apa kebendanya...
Tidur, lama dah pakai hammock camping, dah... tak kan ler, nak pakai pisang sesikat, pula... ni... hutan hujan ni... ingat sikit!
Gear dah kongsi, dah... pelbagai fungsi lagi, sampai kekadang tu... bila nak pakai, takde... tau tak? nak harap kemahiran awak? bila awak rajin, okay ler... kalau, tak!...
Yang boleh kurang, kalau iyer pun...
Tu... makanan awak tu... berat, macam mendokong biawak, tau tak!
Saya
:
Mana ada...
Yer, ler... yer, ler... saya bawak, ler.
Isteri
:
Nak amal apa lagi... Prinsip Leave No Trace?
Nanti, turun... kawan ler dengan tenuk kesayangan awak tu... time, ni... mana ada manusia lain... datang time, tetamu takde... awak memang suka!
Prinsip Leave No Trace.
Melakukan perancangan dan Persediaan yang tepat;
Berjalan dan berkhemah di tempat yang tersedia dan tahan lasak;
Menghapuskan segala bahan buangan dengan cara yang betul;
Meminimakankan kesan dari penggunaan api;
Meninggalkan alam semulajadi seperti apa yang anda jumpa;
Hormati hidupan liar; dan
Bertimbangrasa dengan tetamu lain.
Leave No Trace Center For Outdoor Ethics
La question c'est voulez-vous...
Ma charmante femme, saya memohon mencadang... tu Sais Je T'aime!
Faizal bin Abd Rahim. Rabu, 8 hb. May 2019, 00:00, Selangor: Pelabuhan Klang; Bandar Bukit Tinggi.