Yes! saya adalah... Kelana Tua Ahli Dewasa Dalam Berpengakap!
Kalau nak diikutkan Hari Ini Dalam Sejarah... Dunia Kelana telah saya tinggalkan semenjak Perkhemahan Menyambut Perayaan Jubli Intan Pengakap Negeri Johor DT di Kem Pengakap Tanjung Laboh, Batu Pahat.... Disember tahun 1988, lagi tu...
Selepas dari tarikh itu...
Siapa saya?... Cuba teka?
Saya... saya masih seorang Pengakap... tapi, bukan Pengakap kelana, bukan Pengakap Remaja, bukan Pengakap Muda dan apatah lagi, Pengakap Kanak-Kanak...
Saya dah boleh berlagak, jalan dah tak pandang bawah lagi, dah... pakaian pun dah tak seiras Pengakap-Pengakap lain, dah...
Siapa saya? yer...
Saya adalah... seorang Penolong Pemimpin Pengakap Muda dalam Kumpulan 14, Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pontian, Johor.
| Anda |
: |
Pergh... riak nampak! |
| |
|
|
| Saya |
: |
Aku? riak...
Mana ada! berlagak! tu ajer...
Kau orang sibuk pe, hal... Ketua Pemimpin Kumpulan Pengakap aku, Cikgu Esa bin Abdul Manap... DC aku, Cikgu Ismail bin Hussin tak ambik pot pun...
Aku, layak... Apa ada hal.
|
Dan;
Melangkau... Tahun 2012... Saya, adalah seorang Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan: Sumber Dewasa. Sempat juga ler mengikuti dan membantu menganjurkan kursus AIS peringkat kebangsaan dan peringkat APR...
Tak gitu, Tuan Dr. Ismadi Dr. Mohammed Mukhyuddin Sarwani?
Tugas Bahagian Ahli Dewasa Dalam Berpengakap: tak banyak mana pun... Dalam skala Persekutuan, mengenal pasti Misi dan Visi Persekutuan Pengakap Malaysia:
| |
1. |
Menentukan apakah keperluan sumber-sumber yang perlu untuk menjayakan misi dan visi Persekutuan tersebut:
- Jika ada, bagaimana ia perlu diuruskan dengan sebaik mungkin; iaitu meminimakan penggunaan kos sumber dan dalam masa yang sama memaksimakan tahap keuntungan Persekutuan; dan
- Jika tiada, bagaimanakah untuk menutup lompong sumber-sumber yang diperlukan tersebut; dan sekali lagi dalam usaha-usaha ini, mestilah meminimakan penggunaan kos mendapatkan sumber dan dalam masa yang sama memaksimakan tahap keuntungan hasil dari perolehan sumber tersebut.
|
| |
2. |
Mengenal pasti individu dan mengenal pasti pengetahuan; meliputi pengetahuan peribadi dan pengetahuan organisasi: yang dimiliki oleh Persekutuan:
- Meletakkan individu tersebut pada kedudukan yang sepatutnya ia berada dalam Persekutuan; dari segi perjawatan atau tanggungjawab yang dipersetujui secara rela oleh dirinya dan diperkenankan oleh Persekutuan berdasarkan pengetahuan yang dimiliki olehnya; dan
- Memberikan kesempatan ruang dan peluang yang adil untuk setiap individu dalam Persekutuan untuk menuntut pengetahuan yang dirasakan perlu didalam ia menjalankan tugasan dan peranan yang sedang dipertanggungjawabkan dan dijalankan olehnya dan/atau; tugasan dan peranan yang akan dipertanggungjawabkan keatas dirinya dikemudian hari, kelak; atau untuk sebarang pengetahuan-pengetahuan yang ia rasakan perlu untuk ia pelajari untuk mempertingkatkan lagi nilai harga dirinya didalam Persekutuan dan secara tidak langsung, menaikkan nilai diri persekutuan itu sendiri; dan
- Memastikan tidak akan sekali-kali terjadi keadaan kehilangan pengetahuan; sama ada dimiliki oleh individu atau pengetahuan organisasi: di alami oleh Persekutuan.
|
| |
3. |
Menentukan apakah cara terbaik untuk melakukan: pemindahan sumber atau pengetahuan; dari pemilik/pemegang sumber atau pengetahuan kepada penerima sumber atau penuntut pengetahuan; dan keadaan pemindahan itu mestilah dilakukan secara konsep; willing donors/speakers and willing receivers/learners.
|
| |
|
|
Mudah, kan... itu sajer...
Percayalah, kata saya... ia adalah berkenaan sumber dan pengetahuan... bukan yang lain, yang acap kali dimomok-momokkan...
Nafikanlah, saya tidak rugi apa-apa pun...
Tapi bersedialah untuk anda menghabiskan sumber dari segi kemudahan, kewangan, kemanusiaan, masa dan sebagainya untuk menutup kesilapan yang telah anda lakukan didalam memilih seorang individu yang tidak berpengetahuan didalam melaksanakan peranan dan tugasan yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
Prinsipnya, mudah sajer... lakukan dengan betul dari permulaan yang pertama lagi, supaya tidak perlu untuk anda menghabiskan sumber-sumber organisasi yang anda miliki untuk sibuk memperbetulkan satu kebodohan yang anda telah tempah sendiri akibat dari siri kegagalan yang berulang-ulang kali terjadi... fullstop!
Bagaimana? Macam mana?... melalui kitaran Model AIS, tentunya...
| |
 |
| |
Model Ahli Dewasa Dalam Berpengakap (AIS) |
Dalam ruang lingkup Persekutuan... Ianya tanggungjawab dan peranan Bahagian Ahli Dewasa Dalam Berpengakap.
Untuk bercerita secara mendalam... saya bukanlah orangnya... tidak berhak dan tidak layak!
Pengetahuan yang dikupas secara lanjut dan mendalam serta terperinci, tentunya... didalam kursus khas Ahli Dewasa Dalam Berpengakap. Diperkenalkan secara ringkas didalam kursus Course for Assistant Leader Trainers (CALT) dan Course for Leader Trainers (CLT).
Cukuplah untuk saya, mengambil inisiatif menguar-uarkan dan mencetuskan minat anda kepada Bahagian Ahli Dewasa Dalam Berpengakap.
Sekian, saya ceritorykan.

Faizal bin Abd Rahim.
Rabu, 27 hb. Mac 2019, 00:00, Kuala Lumpur: Cheras; Taman Desa Cheras.