11.11.22.
Saya diarahkan diminta ke Rumah BP.
Arahan Permintaan untuk berbincang dengan orang wakil dari Parti Pasukan Program Negara berkenaan satu dokumen yang telah disertakan sekali, semasa keengganan penyambungan tauliah perletakkan jawatan saya, sebagai Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan Program: Pengakap Muda, pada tahun 2016 dahulu.
Pergh, 2016... lama tu, Covid 19 pun belum berada dalam kandungan, lagi...
La ni... 2022 tu, kot (menggunakan istilah bebudak, sekarang). Selepas 6 tahun, baru Parti Pasukan Program Negara nak calling-calling... Aku (saya), telah menganggotai Parti Pasukan Latihan Negara tu, kot... (sekali lagi, dengan izin... menggunakan istilah bebudak, sekarang).
Alah... bukan dokumen apa pun...
Hanya, Dokumen Kertas Kerja Cadangan Skim Pengakap Muda oleh Jawatankuasa Teknikal Program Negara : Pengakap Muda (baca: oleh Faizal bin Abd Rahim).
| |
1. |
Kajian dilakukan: |
| |
|
- Terhadap susul galur kesinambungan lencana Kemajuan semasa Pengakap Muda;
- Terhadap susul galur kesinambungan Lencana Kepandaian semasa Pengakap Muda; dan
- Lencana semasa Pengakap Muda.
|
| |
2. |
Pengusulan dan Cadangan: |
| |
|
- Terhadap susul galur kesinambungan Lencana Kemajuan Pengakap Muda;
- Terhadap susul galur kesinambungan Lencana Kepandaian:; dan
- Lencana Backpacker; dan
- Lencana Pengurusan Pengetahuan.
- Lencana Kepandaian Pengakap Muda.
|
Dokumen, yang saya pun... menggagau nak cari, semula.
Seorang Pengakap Muda; Pada hemat saya, setelah menamatkan Skema Pengakap Muda mesti menguasai:
| |
c. |
Lencana Kepandaian Pengakap Muda. |
| |

|
| |
Penjurusan Lencana Kepandaian Pengakap Muda |
Pada cadangan, saya...
Pengakap Muda (dalam konteks ini; seperti satu organisasi) mesti membuktikan dirinya telah menguasai ketiga-tiga unsur di atas untuk menjadikan dirinya warga negara baik dan berguna kepada Malaysia, amnya; dan kepada diri Pengakap, itu sendiri; khasnya.
Ini, dilakukan dengan...
| |
1. |
Menjuruskan Lencana-Lencana Kepandaian kepada 3 kelompok:
- Pentadbiran;
- Contoh: Lencana Kepandaian Kategori Perkhidmatan; Setiausaha.
- Teknikal; dan
- Contoh: Lencana Kepandaian Kategori Perkhidmatan; Ahli Pertolongan Cemas.
- Reach-out.
- Contoh: Lencana Kepandaian Kategori Perkhidmatan; Ahli Komuniti.
Setiap Pengakap Muda mesti lulus Lencana-Lencana Kepandaian Kategori Perkhidmatan pilihannya; dari perwakilan ketiga-tiga kelompok tersebut.
|
| |
|
|
| |
2. |
Menyusur galurkan kesemua Lencana Kepandaian : Kategori Pengetahuan dan Lencana Kepandaian : Kategori Kegemaran kepada induknya di Lencana Kepandaian Kategori Perkhidmatan. |
| |
|
|
| |
3. |
Melakukan Kaji Selidik Kecenderungan Pengambilan Lencana Kepandaian oleh Pengakap Muda (Dengan kerjasama Lembaga Penaraf Pengakap Raja Negeri-Negeri). |
Heh, heh, heh...
Bahagian C inilah, yang saya tidak tulis perincikan dalam Dokumen Kertas Kerja Cadangan Skim Pengakap Muda oleh Jawatankuasa Teknikal Program Negara : Pengakap Muda (baca: oleh Faizal bin Abd Rahim), kerana...
- Malas; dan
- Sila rujuk; alasan 1.
Dan, kini... 11.11.22!
Setelah saya, melompat ke Parti Pasukan Latihan Negara (dengan lambang kapak), saya dicari semula oleh Parti Pasukan Program Negara; hanya kerana senaskah dokumen tua itu...
Pergh... Mengarut, lembab.
Namun, atas semangat Kepengakapan yang tinggi... saya turutkan dan aturkan juga pertemuan mesra perbincangan terhadap dokumen tua itu (baca: Dokumen Kertas Kerja Cadangan Skim Pengakap Muda oleh Jawatankuasa Teknikal Program Negara : Pengakap Muda (baca: oleh Faizal bin Abd Rahim)).
Lepas ini...
Kau kata hai hai... Ku katakan bye bye
Terima kasih!.

Faizal bin Abd Rahim.
Sabtu, 12 hb. November 2022, 10:30, Negeri Sembilan: Astana Raja; Omel Lang Cottage.