Peace Kamureku: Uganda Reach the Aged Association,
Kita, ni... yer kita (anda dan saya)...
Mungkin sudah tidak berapa muda lagi... kita bukan Kelana; apatah lagi nak mengaku budak-budak Pengakap... rentikan, ler...
Kita, Ahli Dewasa dalam Berpengakap.
Selaku Ahli Dewasa dalam Berpengakap... boleh ler kita mendakwa, dah merasa semua... jerih perih penat keletihan, ditendang dan diketepikan; dan diambil hanya apabila diperlukan. Semuanya ini, membenih dan menanam sedikit cebis; pengalaman dan pengamalan, pengetahuan dan kebijaksanaan, keupayaan melakukan satu pertimbangan sewajarnya; dan kita, masih mampu untuk mencerna satu wawasan, mencipta satu kejayaan.
Insya'Allah, dengan izinNYa jua.
Johnny English Reborn
Yes! yes! yes!...
Huh!, yo ler tu... jangan dok, bangga sesangat, no...
"With age comes wisdom, but sometimes age come alone"
Oscar Wilde
Ha, ha, ha...
Selalunya, macam tu ler... Bila?
Bila insanity terjadi...
"Insanity is doing the same thing over and over and expecting different results."
Dalam memandu kenderaan pun... kita, bukan asyik memandang ke hadapan sahaja, walaupun ianya yang utama; cermin kanan dan kiri, jeling-jeling ler juga... cermin belakang jangan dilupa... baru ler kita tahu, kenapa tadi... bergoyang sakan kereta... untuk lain kali, tak temasuk lubang, buat kali kedua.
You got what I mean...
"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it."
George Santayana, The Life of Reason, 1905
Dapat?
Sejarah mengajar kita, menjadi lebih dewasa... meniti arus angkara.
Dalam Persekutuan?...
Dalam Persekutuan, yer?... dalam Persekutuan... Persekutuan.... dalam Persekutuan, yer?... Itu, saya tak mahu ceriter... tahu-tahu sahaja ler, kita sama kita.
Tapi, kalau asyik sama jer, jalan ceriter...
Buat-buat ler, mencuba-cuba resepi yang berbeza... kalau tak menjadi, juga... jangan buang masa, cari jer ler tukang masak yang lain pula.
Tak gitu... Abang Labi kita...
Baru ler Tuan Haji Bakhil bin Haji Kedekut, berkenan buat laki kepada si Mariani, anak gadisnya yang jelita.
Selain, Strategic Thinking... Creative Thinking, pun kena ler dikuasai juga... baru ler, kejayaan tercipta.
Saya... saya, nak mengata kata ler kan...
Dengan mengambil semangat abang Labi kita... dalam dunia masak-memasak; kita beri... bahan dan resepi yang serupa, adunan tiada beza, periuk satu jenama... tapi kenapa, bila siap segalanya... rasa tak sama?
Huh! kiahua?... Cuba jawab, adik manis... abang kumis...
Percayalah... Pengalaman dan pengamalan... membuatkan kita, lain dari yang lain-lainnya...
Simply the best, better than all the rest.
Dan; Saya?... Limited Edition!.
Faizal bin Abd Rahim. Sabtu, 18 hb. Jun 2022, 13:00, Johor: Taman Negara Johor : Endau Rompin - Peta: Kuala Marong
*
P/S
:
Mengenang kembali; suatu masa dahulu ketika masih muda remaja... pernah bertandang ke sini, melakukan kesemuanya itu... dan kini; setelah usia begini, segalanya kini, terimbau kembali...
Aku... telah merasa segala jerih payah itu, dan aku... Masih mampu untuk menawanmu...