| |
"The illiterate of the 21st century will not be those who cannot read and write, but those who cannot learn, unlearn, and relearn." |
| |
Alvin Toffler, 1970
|
Cik abang, hoi...
Kitaran hidup ilmu pengetahuan semakin memendek... siapa pun jua, yang tidak mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hidup; akan ketinggalan dan jurang ketidakadilan ini semakin membesar, hari demi hari.
| |
|
| |
Tiwana Amrit |
Untuk menutup, jurang pengetahuan...
Kita perlu bertidak dengan sebarapa daya upaya kita, untuk mengecilkan (jika pun, tidak berjaya untuk menghapuskan) peratus ketidaktahuan kita pada kadar semaksima mungkin.
Kata kuncinya...
Anda mesti menguasai sesuatu pengetahuan untuk melakukan sesuatu perbuatan yang anda mesti lakukan, untuk terus kekal wujud... dikala yang lain bakal dan ada yang, telah pun luput.
Semuanya, hanya untuk... menjadi yang terbaik.
Yang tahu; apa yang diperlukan untuk menepis segala rintangan... demi menjayakan satu tindakan.
Dalam kepengakapan...
| |
|
| |
Adult In Scouting Model |
Anda telah digaripandukan dengan Model AIS.
Kitaran hayat Kepengakapan yang perlu dilalui oleh setiap Ahli Dewasa dalam Berpengakap, untuk kekal berketrampilan dalam kepengakapan.
Berulang kali dalam kitaran ini; anda dihadamkan dengan ilmu pengetahuan dan dibenamkan dengan latihan kemahiran; untuk melayakkan anda melaksanakan tugasan yang akan dipertanggungjawabkan.
Dengan CALT... yang bakal akan dijalankan, nanti...
Jurulatih; seharusnya bertindak seperti Lady Han. Dan; Bakal para Penolong Jurulatih seharusnya berupaya untuk meniru kesungguhan Dae Jang Geum dalam mencipta kejayaan.
Dan; masih ingatkah lagi, ini...
| |
|
| |
Graf Halatuju Kehidupan |
Dalam Kepengakapan... apatah lagi, dalam kehidupan...
Hanya, insan yang mencipta kejayaan akan terpahat dalam ingatan! yang lainnya... bakal akan dilupakan.
Dan; Saya?... masih bertatih, dalam menggapai impian.

Faizal bin Abd Rahim. Isnin, 15 hb. Ogos 2022, 15:00, Johor: Taman Negara Johor Gunung Ledang : Taman Hutan Lagenda |