Navigation

Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.

"Speak directly!".
 
ilmu.pengakap.org
  Awal mula pertama mula...

Saya perlu tekankan di sini, di awal permulaan ini, saya tidak bertindak untuk berseteru dengan Persekutuan Pengakap Malaysia.

Cuma...

Saya secara peribadi, merasakan... Persekutuan Pengakap Malaysia, perlu untuk mewujudkan perhubungan yang berkesan atau dalam Bahasa orang kampung saya, di Parit Pasir, Pekan Nenas, Johor Inggeris, effective communication kepada ahli-ahli Persekutuan.

Seperti; Vladimir Putin, "Speak Directly!"... Yang menyarankan agar Pengarah KGBnya; Sergei Naryshkin, untuk memberikan keterangan secara terus terang tanpa berbelit-belit...

Begitulah juga saya menyarankan agar Persekutuan Pengakap Malaysia, bertindak.

Mula-mula nak cakap, nak kata:

  Sampul Surat
 

Hujah:

  1. Tidak wujud Jalan Batu Nilam B, Bandar Bukit Tinggi; dan
  2. Bandar Bukit Tinggi, bukan berada di Kluang, Johor.

Sepatutnya, seperti surat-surat yang terdahulu:

  • Faizal bin Abd Rahim,
    XXXXXXX,
    Jalan Batu Nilam 13,
    Bandar Bukit Tinggi,
    Klang, 41200
    Selangor

Tapi, bukan itu yang ingin saya perkatakan.

Cuma... bayangkan... saya agak bernasib baik kerana; pertama, poskod 41200 adalah kod untuk Klang; dan ke dua, perkhidmatan Pos Malaysia agak bijak kerana mengambil kira poskod untuk 41200 adalah untuk kod daerah Klang, Selangor bukannya Kluang, Johor ; dan ke tiga, Pos Malaysia memang mengenali saya dan mengetahui di mana saya tinggal, seorang insan yang terkenal di Malaysia.  Maka surat telah selamat diterima oleh saya.

Point taken? harap-harap...

Ceritorynya... 

  PPM-2Jld.2(038)/2022

... DILARANG untuk memakai pakaian Seragam PPM.

Huh! ambik kau... lepas ini, kita orang pakai pakaian seragam Pancaragam Cina Mampos  Falun Dafa, kot... habis tu, Tak kan nak pakai pakaian seragam Persatuan Berehat Sepanjang Masa... Puteri Islam; jangan, duh... aku lelaki sejati!.

Persoalannya:

  3. Pembatalan adalah kerana ramai Ahli Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu didapati menyalahgunakan keahlian demi kepentingan dirinya dan persatuan yang diwakilinya serta memakai Pakaian Seragam Pengakap penuh dan aksesorinya serta Lambang PPM. lanya melanggar peruntukan Seksyen 13 (1) Akta 784.

Hujah saya:

  1. lanya melanggar peruntukan Seksyen 13 (1) Akta 784.
 

Pemilikan dan sekatan mengenai penggunaan lencana.

13.  (1) Tiada seorang pun, yang bukan seorang Pengakap, boleh memakai, membawa atau menunjukkan di tempat awam dengan cara yang akan yang akan menyebabkan orang itu disangkakan sebagai seorang Pengakap, apa-apa lencana, tanda atau lambang yang digunakan secara khusus oleh seorang Pengakap di bawah kaedah-kaedah Perbadanan

 

Fakta:

  1. Keahlian Ahli Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu Persekutuan pengakap Malaysia yang sah adalah seperti peruntukkan berikut:

 

  Ahli Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu
   
    Perkara 27: Peyuran-Peyuran dalam Seksyen V; Dasar Kewangan, Bahagian II Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia, menetapkan:
     
    27. Penderma sebanyak RM1,000.00 ke atas kepada tabung Majlis Pengakap Negara akan menjadi Ahli Seumur Hidup kepada Persekutuan. Penderma sebanyak RM150.00 ke atas akan menjadi Ahli Bersekutu selama tempoh sepuluh tahun. Sijil dan kad keahlian akan dikeluarkan kepada Ahli Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu.

Persoalannya:

  1. Adakah Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 29, Majlis Pengakap Negara pada 27 Disember 2020 telah:
    1. Mengambil maklum akan Perkara 27: Peyuran-Peyuran, dalam Seksyen II: Menjadi Ahli Persekutuan; Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia ketika mengambil keputusan tersebut; 
    2. Jika Ya, adakah telah berlaku perubahan dalam Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia dan adakah perubahan tersebut telah diluluskan oleh Majlis Pengakap Malaysia; 
    3. Jika Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diluluskan perubahannya bilakah tarikh pengesahan tersebut dan mengapakah ianya tidak uar-uarkan kepada warga Persekutuan; dan
    4. Apakah perubahan yang dilakukan terhadap Perkara 27 Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia yang intipatinya memberikan kesan langsung kepada  Ahli Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu.
  2. Jika tidak berlaku sebarang perubahan terhadap Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia; adakah sesuatu yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Pengakap Malaysia dianggap sebagai sah sedangkan ianya adalah bercanggah dengan keketapan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia; dan LARANGAN tersebut dianggap salah pakai tidak terpakai serta terbatal dengan sendirinya.
     
  2. Pembatalan adalah kerana ramai Ahli Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu didapati menyalahgunakan keahlian... 

 

  1. Sesuatu tindakan yang diambil secara berkelompok sepatutnya tidak diamalkan oleh Persekutuan kerana ianya bersifat tidak adil dan saksama; dan memberi kesan kepada ahli yang tidak terlibat diatas ketidak patuhan yang ditonjolkan oleh Persekutuan.

Persekutuan tidak boleh mengambil wewenang dengan menghukum dengan mengelompokkan kesalahan terhadap Ahli Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu, secara sepadu; walhal kesalahan adalah sepatutnya ditanggung oleh pihak Persekutuan itu sendiri diatas kegagalan Persekutuan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terbabit, berpunca dari kelemahan Persekutuan sendiri didalam mengawal gelagat kelakuan Ahli Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu yang terlibat.

Kelemahan Persekutuan didalam menangani permasalahan ini bukannya kesalahan kami Ahli Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu,  malah ianya adalah perlambangan kepada kelemahan Persekutuan dalam mendepani kekacauan etika tatatertib Ahli Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu yang terbabit dan terlibat.

Mengapa kami yang lainnya, terhukum diatas kelemahan Persekutuan tersebut.

  2. Tindakan sepatutnya adalah Persekutuan perlu:
  1. Membatalkan keahlian Ahli Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu bagi individu yang terbabit bersalah tanpa sebarang unsur-unsur subjudis dan prajudis; dan ini akan disokong sepenuhnya; dan
  2. Bukannya secara semberononya mengambil tindakan terhadap sesuatu (meLARANG untuk memakai pakaian Seragam PPM) dan dalam masa yang sama; tidak mengambil tindakan terhadap sesuatu (menghukum tatatertib kesalahan etika Ahli Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu yang terbabit); hanya kerana kuasa menghukum ditangan Persekutuan.

; Atau

     
  3.  Persekutuan Pengakap Malaysia; sebenarnya secara implicit bertindak untuk membatalkan keahlian Persekutuan bagi Ahli Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu; kerana peruntukan Seksyen 13 (1) Akta 784 adalah memperuntukan tindakan Penalti sejumlah RM500, maksimum; dan penjara 30 hari, maksimum; seperti yang termaktub dalam Seksyen 14  Akta 784 bagi yang melanggarnya; iaitu yang bukan seorang Pengakap. 

Jika ya: "Speak Directly!".

Jangan heret babitkan kami bersama didalam ketidak upayaan dan kelemahan effective communication Persekutuan.

Sekian; 

 

"You are smart people, why do you think that we are an idiots?. Why do you think that we cannot analyze and understand such an elementary things?"

  Vladimir Vladimirovich Putin.

For this: I second you, Putin!.

Terima kasih.

portal : mohor.png  
   
Faizal bin Abd Rahim.
Rabu, 2 hb. Mac 2022, 18:00, Negeri Sembilan: Astana Raja; Omel Lang Cottage
     
  P/S: Hendak ubah peraturan; Sila ikut Peraturan.
     
   
P/S dalam P/S: Seseorang, yang bukan seorang Pengakap (Ahli Bersekutu PPM) bertanya... bagi contoh, speak directly!, bang...

Termanggu terdiam, sejenak...

Macam:

  1. Arahan Pamela Landy kepada pegawai CIA dibawah seliaannya; dan
  2. Perbualan diantara Pamela Landy dan Jason Bourne.

Kot...

Exact facts... Straight to the point, gitu...

 
  The Bourne Supremacy

You got what I mean?

Faizal bin Abd Rahim.
Rabu, 9 hb. Mac 2022, 16:00, Kuala Lumpur: Cheras; Taman Desa Cheras



Pautan Sesawang